Friday, February 22, 2019

Cerita sini habis sini : Ada Berpuluh Simbol Pada Meter Kereta Anda, Jom Ketahui Apa Maksud Semua Simbol Berkenaan

Jika anda seorang pemandu kereta, anda seharusnya tahu tentang simbol-simbol serta fungsi-fungsi yang terpapar pada dashboard meter anda. Sekiranya sebarang simbol pada dashboard meter menyala, anda tahu perkara yang sepatutnya dilakukan. Kebanyakkan dari pemandu kereta hanya mengetahui perkara-perkara asas tentang kereta malah ada juga yang hanya tahu pandu kereta sahaja.

Oleh sebab itu, penting sebenarnya untuk kita mengetahui simbol serta fungsi pada dashboard meter kereta kita.
Tapi perlu diingat juga bahawa tidak semua kereta mempunyai simbol.

1.    Temperature Enjin

Simbol ini menunjukkan kereta anda terlalu panas.


2.    Tekanan Minyak

Maksudnya minyak pada enjin kereta anda kurang ataupun terdapat sedikit masalah pada sistem minyak enjin.


3.    Amaran Enjin

Apabila simbol ini menyala, anda seharusnya memeriksa kereta kerana simbol ini menyala disebabkan banyak sebab. 


4.    Bateri

Simbol amaran yang memberitahu bahawa bateri kereta anda semakin lemah.


5.    Minyak

Simbol minyak kereta anda dah nak habis. Jadi kalau nampak simbol ni, cepat-cepatlah stesen minyak ya. 



6.    Tali Pinggang

Simbol peringatan untuk pakai tali pinggang. Kalau tak nak pakai juga, tahanlah telinga dengar bunyi bingit dalam kereta. 



7.    Tekanan Tayar

Maksudnya tekanan tayar tak balance. Mungkin disebabkan tayar kurang angin. 


8.    Kawalan Cengkaman

Simbol amaran yang menunjukkan cengkaman tayar anda kurang baik. Perkara ini boleh membahayakan anda.


9.    Kunci Anti Break

Terdapat masalah pada sistem break anti lock kereta anda. Kalau nampak simbo ni baik pergi check. 


10.    Automatic Shift Lock dan Enjin Start Indicator


Simbol yang menunjukkan bahawa anda perlu menekan break untuk start enjin atau tukar ke gear neutral. 


11.    Air bag

Sistem airbag anda mungkin bermasalah sama ada pada salah satu airbag ataupun semua sekali. 


12.    Lampu Kabus

Simbol ini menyala apabila lampu kabus anda terpasang. Jangan risau ya!


13.    Air Pada Wiper

Simbol yang menunjukkan air wiper anda kurang. Jadi refill lah cepat-cepat ya. 


Jom lihat jika yang diatas tiada dalam kereta anda.


Friday, November 16, 2018

Review / Feedback dari Penyewa H Kereta Sewa Bangi/Kajang

Feedback dari penyewa H Kereta Sewa. Like page kereta sewa bangi/kajang sekarang!! 😊




Alhamdulillah H Kereta sewa sentiasa mendapat maklum balas yang +ve. Tunggu apa lagi? Dapatkan perkhidmatan kereta sewa murah di Bangi/Kajang sekarang !!

@
Terus wasap, klik --> www.wasap.my/60195409041

Jangan lupa like kami di fb : H Kereta Sewa Bangi/Kajang sekarang!! 


H kereta sewa penghubung destinasi anda.

Sunday, May 20, 2018

Syarat - syarat sewa kereta

Terima kasih kerana memilih H Kereta Sewa penghubung destinasi anda.

Dengan ini adalah dipersetujui Syarat - syarat seperti berikut :
(1) Penyewa mengaku menerima kenderaan tersebut  dalam keadaan baik pada waktu menyewa.
(2) Penyewa bersetuju  bahawa kenderaan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan kegunaan yang menyalahi undang-undang negeri/negara
(3) Kesalahan jalanraya adalah tanggungjawab pemyewa untuk menjelaskan sebarang kompaun atau saman pada tarikh sewaan.
(4) Penyewa mengaku bersetuju akan tanggungjawab sepenuhnya ke atas kenderaan  tersebut dan dipulangkan kepada empunya tuan dalam keadaan baik.
(5) Penyewa mengaku akan membayar ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan/hilang/tidak ditemui pada kenderaan disebabkan oleh kemalangan dan kecuaian saya sendiri.
(6) Had muatan yang dibenarkan 5 orang sahaja.
(7) Pemilik berhak menuntut bayaran tambahan jika kenderaan ini lewat dikembalikan selepas tamat tempoh sewaan seperti diatas  pada kadar RM 30/jam


Pemilik/penyewa :
Mohamad Hazimin bin Nassir
H Kereta Sewa Bangi/Kajang
A0407 Villa Tropika Apartment,
Taman Vil 4300,
Kajang,Selangor.
0195409041

Thursday, May 3, 2018

Review / Feedback dari Penyewa H Kereta Sewa Bangi/Kajang

Kami Penghubung Destinasi Anda

Cerita Sini habis Sini : Tips Penjagaan Kereta Supaya Tip Top

Tips Penjagaan Kereta Supaya Tip Top | Salam Sejahtera
Kereta kini ia merupakan satu keperluan. Setiap orang ada keinginan untuk memiliki kereta. Cukupkah sekadar memiliki kereta. Kita juga perlu belajar cara penjagaan kereta supaya kereta kita tetap berada dalam keadaan yang baik.
Apa yang penting dengan sedikit ilmu cara untuk penjagaan kereta, kita dapat memanjangkan jangka hayat komponen kereta kita supaya tidak mudah rosak. Dan lebih penting kita tidak mudah di tipu oleh pomen-pomen yang ada diluar sana.
Memandangkan harga barangan yang semakin meningkat, adalah sangat perlu kita sebagai pemilik kenderaan mengetahui dan belajar serba sedikit berkaitan dengan penjagaan kereta.
Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit amalan cara penjagaan kereta yang saya amalkan untuk menjaga kereta Proton Wira ( 10 Tahun ) dan Toyota Avanza ( setahun lebih ). Harap perkongsian ini nanti dapat membantu anda. Dan lebih penting dapat menyelamatkan duit anda dari mengalir keluar poket anda dan masuk poket pomen.

Tips Penjagaan Kereta.

1.  Enjin

Enjin adalah merupakan komponen yang sangat penting untuk kereta kita. Tanpa enjin tiada maknanya kita menggunakan kereta mahal-mahal. Tetap tidak akan bergerak.
Untuk menjaga enjin kereta, servis secara rutin adalah sangat penting. Biasanya 5000 KM atau 3 bulan mana yang terdahulu. Untuk servis pemilihan minyak adalah sangat penting. Pemilihan minyak untuk servis hitam adalah sangat penting. Jika boleh pastikan anda menggunakan minyak hitam dari jenama dan gred yang sama.
Jangan terlalu kerap menukar jenis minyak hitam. Maksud saya, jangan tiap kali servis sentiasa hendak tukar jenama minyak hitam. Sekejap guna shell, sekejap guna petronas, sekajap guna caltex atau apa-apa jenama yang tidak dikenali.
Pengalaman kawan saya sendiri, pernah tertipu membeli minyak hitam caltex tiruan. Akibatnya bunyi enjin menjadi kasar.
Tips Penjagaan Kereta
                Keadaan Enjin Kereta Proton Wira Berumur 10 Tahun – Tips Penjagaan Kereta

2. Cat

Kos untuk mengecat kereta untuk luar sahaja melebihi RM1K – RM2K. Lainlah kalau anda memang banyak duit dan sentiasa ingin menukar warna cat kereta. Bagi saya, kalau boleh kekalkan cat yang asal lagi bagus. Tapi apa boleh buat, kereta wira saya hari tu tak boleh nak selamat dah. Berjemur dan berpanas 24 jam di kawasan terbuka. Cat memang tak boleh nak selamat sebab tiada tempat parking berbumbung.
Jika anda tiada tempat parking berbumbung, pastikan kereta anda di simbah dengan air. Ini kerana air embun yang terkondensasi pada kereta boleh menyebabkan cat kereta lebih cepat luntur.
Pastikan juga anda wax atau polish kereta paling teruk pun 2 – 3 bulan sekali. Tak mampu buat sendiri hantar kedai. Tapi buat sendiri lagi jimat. Gunakan masa hujung minggu untuk kerja-kerja menge’wax’ kereta anda.

3. Tayar

Tayar merupakan elemen yang penting untuk sesebuah kereta. Untuk penjagaan tayar. Sebaiknya tayar yang diganti hendaklah dari jenis yang sama. Pastikan angin pada tayar mencukupi. Sebaiknya cek kandungan angin pada tayar. Boleh cek sendiri atau bawa di bengkel. Tekanan angin pada tayar adalah mengikut jenis kereta. Biasanya ada di nyatakan di bahagian pintu pemandu. Boleh semak untuk jenis kereta anda.
Tayar juga sebaiknya di tukar kedudukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Maksudnya tayar depan sebelah kiri, pasang di belakang sebelah kanan. Tayar belakang kanan, pasang di sebelah depan kiri. Begitulah sebaliknya.
Image result for kenal tayar kenderaan anda

Friday, April 6, 2018

Pakej yang ditawarkan oleh H Kereta Sewa

H Kereta Sewa menawarkan kereta untuk disewa kepada warganegara Malaysia Sahaja.




Perkhidmatan kami merangkumi kawasan-kawasan di bawah :
  • • Bandar Baru Bangi / Bangi
  • • Kajang




Lokasi kami : KTM UKM Bangi
Proton Saga FLX 1.3 (Auto)
Self Pick-Up

Pakej yang ditawarkan :

Half Day = RM80
Sehari (24 JAM) = RM 120 (IC / KAD PELAJAR)
Lima Hari ke atas = RM 110 (IC / KAD PELAJAR)
Sebulan (30 hari) = RM 60 x 30 hari = RM1800 (+ RM 500 Deposit)


APA KATA PELANGGAN KAMI

Beberapa komen daripada pelanggan yang berpuas hati.



Whatsapp / Call sekarang untuk tempahan : 019-5409041 (Hazimin)


Untuk tempahan kereta sewa boleh deposit Rm100 ke dalam akaun : 👇🏻

MAYBANK
Mohamad Hazimin Nassir
162508170001

BANKISLAM
Mohamad Hazimin Nassir
03036020791342

Setelah Bayaran deposit dibuat mohon sahkan bukti pembayaran melalui whatsapp resit pembayaran pada kami. 

PENGESAHAN PEMBAYARAN AKAN DIBUAT DALAM MASA 48 JAM SETELAH PEMBAYARAN DI LAKUKAN. 

Terima kasih 🤗

Kami Penghubung Destinasi Anda