Kereta kini ia merupakan satu keperluan. Setiap orang ada keinginan untuk memiliki kereta. Cukupkah sekadar memiliki kereta. Kita juga perlu belajar cara penjagaan kereta supaya kereta kita tetap berada dalam keadaan yang baik.
Apa yang penting dengan sedikit ilmu cara untuk penjagaan kereta, kita dapat memanjangkan jangka hayat komponen kereta kita supaya tidak mudah rosak. Dan lebih penting kita tidak mudah di tipu oleh pomen-pomen yang ada diluar sana.
Memandangkan harga barangan yang semakin meningkat, adalah sangat perlu kita sebagai pemilik kenderaan mengetahui dan belajar serba sedikit berkaitan dengan penjagaan kereta.
Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit amalan cara penjagaan kereta yang saya amalkan untuk menjaga kereta Proton Wira ( 10 Tahun ) dan Toyota Avanza ( setahun lebih ). Harap perkongsian ini nanti dapat membantu anda. Dan lebih penting dapat menyelamatkan duit anda dari mengalir keluar poket anda dan masuk poket pomen.
Tips Penjagaan Kereta.
1. Enjin
Enjin adalah merupakan komponen yang sangat penting untuk kereta kita. Tanpa enjin tiada maknanya kita menggunakan kereta mahal-mahal. Tetap tidak akan bergerak.
Untuk menjaga enjin kereta, servis secara rutin adalah sangat penting. Biasanya 5000 KM atau 3 bulan mana yang terdahulu. Untuk servis pemilihan minyak adalah sangat penting. Pemilihan minyak untuk servis hitam adalah sangat penting. Jika boleh pastikan anda menggunakan minyak hitam dari jenama dan gred yang sama.
Jangan terlalu kerap menukar jenis minyak hitam. Maksud saya, jangan tiap kali servis sentiasa hendak tukar jenama minyak hitam. Sekejap guna shell, sekejap guna petronas, sekajap guna caltex atau apa-apa jenama yang tidak dikenali.
Pengalaman kawan saya sendiri, pernah tertipu membeli minyak hitam caltex tiruan. Akibatnya bunyi enjin menjadi kasar.
Keadaan Enjin Kereta Proton Wira Berumur 10 Tahun – Tips Penjagaan Kereta
Keadaan Enjin Kereta Proton Wira Berumur 10 Tahun – Tips Penjagaan Kereta
2. Cat
Kos untuk mengecat kereta untuk luar sahaja melebihi RM1K – RM2K. Lainlah kalau anda memang banyak duit dan sentiasa ingin menukar warna cat kereta. Bagi saya, kalau boleh kekalkan cat yang asal lagi bagus. Tapi apa boleh buat, kereta wira saya hari tu tak boleh nak selamat dah. Berjemur dan berpanas 24 jam di kawasan terbuka. Cat memang tak boleh nak selamat sebab tiada tempat parking berbumbung.
Jika anda tiada tempat parking berbumbung, pastikan kereta anda di simbah dengan air. Ini kerana air embun yang terkondensasi pada kereta boleh menyebabkan cat kereta lebih cepat luntur.
Pastikan juga anda wax atau polish kereta paling teruk pun 2 – 3 bulan sekali. Tak mampu buat sendiri hantar kedai. Tapi buat sendiri lagi jimat. Gunakan masa hujung minggu untuk kerja-kerja menge’wax’ kereta anda.
3. Tayar
Tayar merupakan elemen yang penting untuk sesebuah kereta. Untuk penjagaan tayar. Sebaiknya tayar yang diganti hendaklah dari jenis yang sama. Pastikan angin pada tayar mencukupi. Sebaiknya cek kandungan angin pada tayar. Boleh cek sendiri atau bawa di bengkel. Tekanan angin pada tayar adalah mengikut jenis kereta. Biasanya ada di nyatakan di bahagian pintu pemandu. Boleh semak untuk jenis kereta anda.
Tayar juga sebaiknya di tukar kedudukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Maksudnya tayar depan sebelah kiri, pasang di belakang sebelah kanan. Tayar belakang kanan, pasang di sebelah depan kiri. Begitulah sebaliknya.
Hotel deals on Mohegan Sun, Uncasville (CT) - Mapyro
ReplyDeleteFind the best deals on 여수 출장안마 Mohegan Sun in 공주 출장샵 Uncasville (CT) 광명 출장샵 with Mapyro. Browse 11280 hotel deals, save up 남원 출장안마 to 의정부 출장안마 60% with our Hot Rate deals!